Friday, July 22, 2011

Hakikat Kehidupan..

Assalamualaikum..selamat membace blog ni kembali..Entry kali ni aku nak kongsi siket isi yang aku dapat dari ceramah yang aku dengar beberape khamis lepas..Ceramah tu dianjurkan oleh pihak UNITEN dan diadakan di DEWAN MASJID UNITEN..Ceramah tu berkisahkan tentang hakikat kehidupan..Kite sebagai manusia yang tinggal dimuke bumi ni kene sentiase ingat bahawa kehidupan kite didunie ni hanye sementare..Kehidupan yang kekal adalah kehidupan akhirat..

Rasulullah S.A.W pernah berkata "orang yang pandai adalah orang yang sentiasa engat akan kematian".. Kenapa?? Sebab orang yang sentiase engat akan kematian, mereka akan rasa takot untok melakukan kemungkaran dan akan sentiasa mempersiapkan diri untok menuju ke alam akhirat.. Adakah amal ibadat yang kite lakukan selame kite hidup ni cukop untok menjamin kebahagiaan di akhirat kelak??

Bekerjalah seperti kite akan hidup seribu tahon lagi...beribadatlah seperti kite akan mati esok..Maksud ayat ni adalah, walau ape pon yang kite lakukan, lakukan lah dengan besunggoh-sunggoh..Seimbangkan care hidop kite..Jangan terlalu kejar kebahagian dunie sebab tu hanye sementare dan jangan kejar akhirat sampai lupe tanggungjawab didunie..

Ade sebuah cerita....

Satu hari seorang pemuda dikejar oleh seekor harimau..Sedang dia berlari dia ternampak  sepohon pokok..Dan pada pokok tersebut terdapat tali..Dengan pantas dia pon memanjat dan berpaut pada tali tersebut..Apabila berada diatas dan memandang kebawah dia rase selamat sebab harimau tersebut tak dapat panjat pokok tersebut..Rase tersebut tidak bepanjangan kerana apabila dia memandang keatas terdapat 2 ekor tikus yang sedang menggigit tali yang sedang dia berpaut..Tidak berape lame selepas itu,setitik madu dari sarang lebah menitis ke mulut dia..Apabila dia merasa kelazatan dan kemanisan madu tersebut,dia terlupa akan bahaye yang sedang dia hadapi..Apabila  dia pandang ke bawah semule, dia teringat akan bahaye yang sedang dia hadapi dan rase betambah bahaye kerana terdapat lubang yang penoh dengan ular..

Cerite ni sebenarnye adalah pasal kehidupan kite..harimau diumpamakan seperti malaikat maut, yang sentiase mengejar kite..Tikus putih adalah waktu siang, manakala tikus hitam adalah waktu malam..Tali yang menjadi tempat berpaut tersebut adalah mase usia kite yang semakin sampai ke penghujung dimakan hari..Madu yang manis tersebut diumpamakan seperti nikmat yang diberikan Allah kepade kite..Lubang yang penuh dengan ular menggambarkan siksaan yang bakal kite terime kalau kite buat silap(ingkar perintah Allah).

Monday, April 18, 2011

Aktiviti Hari Ahad~

Alhamdulillah.. Aku masih lagi diberikan kesempatan untok hidup diatas muke bumi ini.. Dengan nikmat yang diberikan ini, aku mengambil sediket waktu untok menyambong meng-updated blog ni.. Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelom ni, entry ni aku cite pasal aktiviti yang aku buat ari ahad sampai ke pagi tadi pulak.. Ceritenye bermule apabila.....
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi-pagi lagi mama da masok bilek aku.. Then dengan confidentnye teros On pc aku.. Disebabkan aku tau kalau aku bangon mesti aku kene buat keje, so aku buat-buat tdo jer.. Then mama termenong kat depan pc.. Tau sebab ape mama termenong?? sebab pc aku ade password.. Aku gelak kat dalam hati..hahaha.. Tapi aku punye gelak tak lame.. Sebab tibe-tibe aku dengar bunyi windows, aku menjerit dalam hati.. WOI !!! MANE MAMA TAU PASSWORD AKU!!! Dengan selambernye mama cucok pendrive dia & pasang lagu sekuat-kuatnye.. Aku relax lagi, masih lagi konon-konon tido.. Bile mama kelua jer dari bilek, teros aku bangon sebab da tak leh blakon tido lagi da.. Telinge da pekak sebab mama bukak lagu kuat-kuat.. Aku pon online ler seperti hari-hari biase.. Tengah-tengah online papa masok bilek.. Then papa pon cakap "Haaaa~ sapik da bangon da.. Meh tolong kemas dapo ni".. So tanpe alasan, aku pon pegi la buat keje.. Dekat-dekat pukol 2 baru habes kemas-kemas tu..
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas tu aku pon bermessage dengan ery, tanye ade tak aktiviti yang menarik untok dibuat. So terkelua la idea-idea.. Cadang-cadangnye nak tengok Amirul(Doi) & Mirin maen bola, lepas tu lepak-lepak minom kat KL sampai pagi.. Kemudian seperti biase ape yang dirancang tak menjadik.. Ni semue gara-gara si ery terlalu besemangat nak bawak teman sejati dia (Zul) pegi tengok bola skali.. Ke-tidak-jadi-an ape yang dirancang juga di support dengan kelewatan aku & bio sampai ke tempat bekumpol(kat upten) dari mase yang dijanjikan.. Disebabkan da telambat & sambil-sambil tunggu doi sampai, so aku, ery, zul & bio pon dok lepak kat upten.. Bincang ape aktiviti yang nak dibuat, sebulat suare bersetuju untok pegi karok kat mines..Sebelom gerak ke mines tu kitorang call kecik ajak kecik g karok skali.. Sampai jer mines, sementare kecik sampai kitorang bincang lagi ape aktiviti lepas karok.. Si zul da menyumpah-nyumpah sebab dia nak kene balik awal.. Ade  assignment katenye, kol 11 dia nak balek.. Tunggu punye tunggu kecik sampai dekat-dekat kol 10.. Skali lagi ape yang dirancang tak menjadik.. Kali ni kitorang tuka rancangan.. Pegi lepak kat mamak jer (zul tak join dia balek MIAT).. Tengok bola game liverpool ngn Arsenal sampai pagi sambil-sambil maen game menguji minda..
Dari kiri : Bio, Zul, Aku & Doi
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti seterosnye adalah pegi maen pool kat south city plaza.. Pada awalnye aku just nak tengok dorang maen jer sebab aku x pandai maen.. Tapi ery pakse aku maen, dia aja aku macam mane maen pool.. Game tu aku kalah, next game kitorang maen team.. Aku team dengan ery.. Bio team dengan Doi.. Maen 3 game, tige2 aku dengan ery menang.. Ni la namanye beginner's luck..  
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas maen pool, kitorang meneruskan perjalanan ke kolam air panas pulak.. On the way ke sane kitorang sempat singgah kat kedai mamak jap untok breakfast sambil maen kad.. Hari ni kitorang breakfast awal, kol 4 lebih da breakfast.. Agak masing-masing da kenyang & mase da nice untok ke kolam air panas, kitorang pon gerak ke destinasi tersebut.. Sampai jer kat sane ade la dalam 2 kumpulan manusie yang baru nak gerak balek.. So tinggal la aku & kawan-kawan kat kolam tu.. Baru jer kitorang rendamkan kaki, tetibe hujan rintik-rintik.. Lepak lu~ baru rintik-rintik.. Tak sampai 10 minit hujan renyai lak.. Kitorang pon klua dari kolam tu.. On the way ke kerete, hujan agak lebat.. Berlari-lari anak kitorang  pegi kat kerete... Masok-masok kerete jer kitorang masing-masing kesejukan sebab kene hujan.. So nikmat berendam air panas tak terase sangat sebab diakhiri dengan kesejukan bermandi hujan..
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan ringkas dari PRESIDENT UNITEN TRAVELLERS(ERY) : Duet tak jadik masalah.. Boleh dicari.. Yang penting adalah kebahagiaan..

Sunday, April 17, 2011

Aktiviti Hari Sabtu~

Assalamualaikum.. Hari ni aku nak cite pasal aktiviti hari minggu aku.. Aktiviti ni bermule pada hari sabtu.. Dan berakhir hari isnen(baru abes tadi) ni cite hari sabtu jer.. Ahad punye aku sambong kat entry satu lagi.. Kisahnye bermule....teng teng teng~
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Pada hari jumaat malam sabtu yang lepas aku telah dapat satu panggilan dari satu alien yang sangat aku kenali.. Disebabkan aku kenal dia, so aku terase sangat malas untok menjawab panggilan dia.. Tapi atas hubungan persahabatan yang terjalin.. Aku pon menjawab panggilan tersebut dengan berat hati..

DIALOG AKU DENGAN ALIEN(BIO a.k.a CET bukan nama sebena) TERSEBUT...

warning : Dialog alien tu korang bace yang warne merah jer..Aku tulis macam sawan-sawan siket sebab lebih kurang macam tu la care si alien tu cakap..

aku : hello, assalamualaikum..
alien : waalaikumussalam, aaaa~ kauasdhasu katasdjhasi maneadjaiosdh???
aku : huh?? owh, aku kat rumah...
alien : arrr~ esokdasdna kauandjasbniuf adehfsduifh buatasoidhao apedjasbi-apejkasdu takaodbhas??
aku : emmm.. esok?? takde.. Dok rumah je kot..
alien : jomadohasi ekotdjasoid akudasdni & aimanndiasi peginasjidba mancingndhaiosdh denganjlasdkdha bapakkdasoi akuashdias katoldjasio danauhaskodbha..
aku : emm.. Ade apak ko eh?? segan r..
alien : Ala, ko bukan tak penah jumpe apak aku.. Jom r (tibe-tibe ok jer dia cakap..xde style alien lg..)
aku : Nak pegi pukol brape?? Aku xde joran ni.. Kalau ko ade joran lebih boleh r aku join..
alien : pegidasi pukolfheuif 10..akuasdja adekldaso jorandhoi lebihaoda.. Esokuiewgh pagidasopf teman jklfvbh akubkafqa pegiaskdao belijbasi umpanlkashn..
aku : pegi beli umpan pukol brape?? kat mane??
alien : pukoldnask 8.30.. dekatajkdbas abuadoas bakarjadai bagindadbas..
aku : ok..pagi esok kejot ar aku..bye assalamualaikum..

Tu la dialog aku dengan alien pada malam itu.. Seperti hari-hari biase matahari pagi akan timbul dari timur.. Disebabkan bumi sentiase berputar, so ape yang dirancang pun turut berputar.. Pagi tu aku yang kejot si alien ni & apak dia x join kitorang.. Dipendekkan cerite, aku pon pegi la beli umpan & on the way ke tempat mancing tu aku singgah kejap kat Kak Mah Nasi Dagang untok beli breakfast.. Terbaek wow!!! nasik dagang and nasik kerabu dia.. Pastu kitorang meneruskan perjalanan ke tempat mancing.. Kitorang mancing 4 jam kat situ.. Setelah 2-3 kali aku mancing, hari tu aku & joran baru alien telah pecah dara berjaya naekkan ikan rohu seko~ Alien dapat 2 eko ikan & aiman pulang dengan tangan kosong.. Aktiviti memancing tak stop kat situ jer.. Kitorang pegi kat Abu Bakar Baginda pulak.. Sangat mengecewakan.. Kolam situ kecik jer & ikan x sangkot pon kat mate kail.. Tamat sudah cerite memancing..
Ikan yang putih tu la Ikan Rohu Yang aku berjaye naekkan


Tuesday, April 12, 2011

Untitle

Assalamualikum dan selamat sejahtera..Disebabkan da lame aku tak update blog.. So otak aku da bekarat siket untok memikirkan tajok entry kali ni.. So aku pon letak je la untitle.. Blog ni tak ter-updated sebab aku slalu type-type tapi aku tak post, aku save kat draf.. Bukannye sebab tak ade something yang best untok dikongsikan.. Just tak ade ayat yang aku boleh aku gunekan untok menceritekan bende-bende yang best tu.. Kalau care pengolahan cite tak best, bende best yang nak disampaikan pon jadi tak best..
------------------------------------------------------------------------------------
Sepanjang tak te-update blog ni macam-macam berlaku dalam hidup aku.. 31 mac yang lalu genap la umor kelahiran aku yang ke-21.. Peristiwa bersejarah tu disambut dengan meriah dan penoh kasih sayang bersama keluarge aku.. Fb aku dipenuhi dengan wish birthday dan doa-doa dari kawan.. Trime kasih kepade yang wish kat fb,skype and message.. tak lupe jugak kepade yang mendoakan aku.. Semoge kite semue dirahmati, diberkati, dipanjangkan umor, dimurahkan rezeki, selamat dan berjaye dunie & akhirat.. Amin~
------------------------------------------------------------------------------------
Sepercutian aku di rumah ni, kadang-kadang aku dipakse merajinkan diri untok membersihkan rumah.. Ye la, tak kan dok rumah nak makan and berabih duet parent kan?? kene la give and take, baru la adil.. Selain membesakan perot kat rumah, aku jugak diajak untok membesakan perot oleh kawan-kawan yang tercinte.. Kekerapan aku klua time malam untok lepak tengok bola, memancing, minom-minom dan makan-makan tersangatlah ketara.. Ni semue terjadik sebab aku termakan pujok rayu ery dan bruno hamdi(kecik)..
------------------------------------------------------------------------------------
Setelah sekian lame tak menonton wayang dan teringin tengok cite Hikayat Merong Mahawangsa.. Hari ahad yang lalu menjadi detik bersejarah dalam hidop aku, apabila ape yang diimpikan selame berminggu-minggu lamenye menjadik kenyataan.. Ke-best-an menonton cite tu betambah sebab aku pegi besame seseorang dan ditemani oleh kawan beliau.. Kegembiraan pade hari tersebut tidak berhenti di situ sahaje.. Kami meneruskan aktiviti yang menceriakan hari tersebut iaitu bermaen bowling..Hari tu aku x berape perform.. Maybe sebab malu kot.. Perform tak perform tu tak penting, yang penting adalah keceriaan yang terukir diwajah masing-masing.. Tu yang aku ingat..
------------------------------------------------------------------------------------
Dikesempatan ini jugak, aku nak ucapakan berbanyak trime kasih kepade semue yang sentiase menceriakan dan menemani hidop aku ni.. Begembira la selagi boleh.. Tak salah untok begembire.. Tapi ingat la, setiap yang kite buat ade batasnye.. Jangan lupe yang kite kat dunie ni hanye sementare.. Same-same la kite ingat-mengingatkan antare satu same laen.. Tak salah menegur kesilapan orang.. Tego la secara berhemah, baru la lembut hati orang yang ditego untok menerime teguran kite..

Sunday, March 27, 2011

Tamat~

Setelah berpenat lelah aku menempuhi sem ni, akhirnye da sampai ke penghujung da.. Terase cepat jer mase berlalu.. Tak tau la sebab ape.. Adakah sebab aku fokus study?? Atau pon sebab aku bnyk sangat begembire sampai tak engat ape yang da berlaku?? Tu semue da lepas.. Last paper ari sabtu.. Tapi baru hari ni aku bekesempatan untok meng-update blog ni.. Alhamdulillah, aku dapat wat final exam dengan tersenyum lebar saje psycho orang yang dudok keliling aku.. Macam-macam berlaku dalam sem ni yang buat kepale aku pening and ade gak yang buat aku tersenyum sampai member-member tension tengok aku asyik tersenyum jer.. JELES LA TU~ hahahaha..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelom exam hari tu macam-macam idea klua dari kepale hotak member-member dan aku untok aktiviti lepas final.. Nak pegi becuti kat pulau la, memancing la, berfutsal la dan banyak lagi la la la la.. Dalam banyak-banyak idea tu, yang kompem jadik adalah futsal.. Yang laen tak tau la.. Bukan tak nak buat, tapi sekarang ni kewangan dunie tak stabil.. So, pandai-pandai la fikir nak buat ke tak projek yang dianggarkan menelan belanje yang mengjangkau berjuta-juta sen tu macam business da ha~..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ape-ape pon aku nak ucapkan selamat bercuti kepada sesiape yang tengah bercuti.. And selamat menjawab exam kepada sape yang x habes exam lg.. Harap-harap dapat jumpe korang lagi pada waktu yang laen dan hari yang laen..

Jage diri.. Jangan nak begembire sangat sampai lupe diri.. Elok-elok balek ke kampong halaman.. Pandu cermat jiwa selamat duet pon selamat...

p/s : Disebabkan terlalu fokus untok exam, aku x perasan lak, lagi beberape hari lagi genap la 21 tahon aku hidop kat muke bumi ciptaan Allah.. Aku harap dengan betambahnye usia aku ni, amalan aku pon bertambah..  AMIN~

Saturday, March 19, 2011

Format PC

Hari ni pagi-pagi lagi aku da bangon.. Dalam keadaan mamai aku jalan pegi bilik atip.. Lepak kejap then aku menyambong pejalanan aku ke bilik air.. Lepas tu aku pon ke bilik moyoz, amek CD win 7.. Nak format pc, pc aku da crash.. Dengan bantuan daripada moyoz aku berjaya format pc aku.. Buat mase ni tak banyak lagi bende yang aku install.. Yang penting-penting je aku install

Desktop berwajah baru


ni pulak anti virus yang aku pakai.. PandaCloud Antivirus

-------------------------------------------------------------------------------------------------
 Aku recommend kan kat korang yang rumah jaoh dari surau or masjid and yang slalu dok depan pc jer kan, donlod IslamicFinder Athan (Azan) software.. application ni akan tunjok waktu solat + Azan akan dimainkan secare automatic bila da masok waktu + siap ade doa lepas Azan lagi.. Korang siap boleh pilih Azan lagi, ade 4 pilihan, korang boleh pilih Azan dari Makkah, Madina, Al-aqsa ataupon Egypt.. Application ni jugak tunjok waktu solat lebih dari 6 juta banda.. Banyak lg function yang ade tapi aku tak explore habis lagi..



korang boleh download application ni dari web IslamicFinder atau pon dari Download.com

kalau korang nak carik software untok pc, korang boleh  carik kat Filehippo. Banyak bende ade kat sini..

Friday, March 18, 2011

Petang Or Malam?

Pada pendapat korang la kan.. Mane lagi best? Drive kat Highway(laluan tinggi) time petang ke malam?

Pada pendapat aku la kan :


Bestnye drive time petang :

  • Tak disilaukan dengan lampu-lampu kereta (lagi-lagi yang lampu putih tu..benci lak aku)
  • Tak banyak kereta (boleh bermaharajalawaklela kat highway tu)
  • nampak segale lubang or ape-ape objek kat tengah-tengah jalan tu..
Yang tak bestnye drive time petang ni, berdasarkan pengalaman aku drive balek ke joho petang semalam(maksud aku petang khamis) adalah  aku rase mengantok time drive.. And satu lagi badan rase cepat letih kalau drive time petang nak bandingkan dengan drive time malam..

Bestnye drive time malam :
  • Aku tak rase ngantok..
  • udare yang nyaman  (drive time petang boleh tebaka tangan aku)
  • kalau ade kereta polis, dari jaoh lagi da boleh nampak lampu kereta polis tu (cepat-cepat aku slowkan kereta and teros tuka lane..hahaha)
Yang tak bestnye drive time malam, disilaukan oleh lampu kerete.. Biasenye time-time malam ni ramai nak kereta sebab banyak orang balek (saje tebalek-tebalekkan ayat tu..pandai-pandai la korang reka ayat sendiri).. Keadaan jalan tak berape jelas sebab gelap.. (kalau korang perasan r kan.. point tak best drive time malam ni aku amek dari point best kalau drive petang..hahaha..)


NENON~ NENON~ NENON~

Kesimpulannye, aku lagi suke drive kat highway time malam...

Monday, March 14, 2011

Metalab time~

Ape metalab ni?? Budak-budak uniten mesti tau kan function metalab ni.. Kepada yang tak tau tu, metalab ni sebenanye tempat untok lecturer uniten upload ape-ape yang berkenaan kelas dan tempat student-student download ape-ape berkenaan kelas..

Aku slalu bukak metalab ni time awal sem, time-time dekat quiz and time-time dekat final.. Sebab ape?? sebab time awal sem aku sangat bersemangat untok study kejap je la, standard  awal-awal sem la.. Then time-time dekat quiz tu sebab aku nak buat toyol study betol ke study??.. Time nak final lak aku bukak skali lg, sebab note yang aku donlod sebelom da hilang kemane..

ni lah contoh metalab..simple kan??buat nk lawa-lawa.. bukan slalu student bukak pon. bukak pon takat nk donlod note jer..

Pesanan ringkas dari pihak penaja :
Selamat menjawab exam kepada semue yang akan menduduki exam..
moh la kite study..engat study untok dapat ilmu..bukan semate-mate untok menjawab exam..
all the best and gud luck..

Saturday, March 12, 2011

Meletihkan diri yang keletihan..

Hari minggu datang lagi *care cakap macam iklan tora..
Hari minggu kali ni meletihkan aku sebab semalam aku tak dapat tido..asyik terjage jer.. Tido pukol 12.. Then terjage pukol 1 lebih.. Tibe-tibe teringat ade game MAN U.. Teros aku g depan tv.. Game da start 1/6 jam (sepuloh minit).. Aku pon layan r game tu.. MAN U menang!!! yeay~ bebaloi-baloi la tengok game tu..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pas bola habes aku pon masok ke bilik dengan harapan dapat tido.. Bergolek-golek macam ayam golek aku kat atas katil nasib baek tak tergolek ke bawah.. Tapi sayang aku tak dapat tido gak.. Aku pon g depan tengok tv.. Layan cite ninja sampai ke subuh sambil berangan nak jadik ninja.. Cite tu abes aku pon g solat subuh.. Pastu baru aku dapat tido..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tengah sedap-sedap tido tibe-tibe henpon aku bunyik.. Ade message masok.. Orang tu wish gud moning and suroh aku bangon.. Aku pon tengok jam.. Rupenye baru pukol 8.30.. Baru 2 jam aku tdo.. Disebabkan tak boleh nak tido balek aku pon layan jer message dengan dye sampai pukol 10.30..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Makan time.. Klua bilik aku tengok kat meja makan dah terhidang sarapan untok aku bukan macam kat uniten, klua bilik nampak sampah jer atas meja makan.. Pagi ni sarapan western siket.. Ade sosej, baked bean, kacang peas and telo.. *nice~
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tengah sedap-sedap makan tibe-tibe papa panggil..

Papa: syapik, lepas ni bersihkan kipas, vacum siket rumah ni.. Da berabok..
Aku :Sebagai anak yang soleh aku pon  menjawab OK~ *dalam hati, asyk aku je bersihkan rumah yang laen semue sedap jer klua tido and maen game..

Pas makan aku pon buat la ape yang disuroh oleh bapak aku tadi.. Aku pon memulekan kerje dengan hati yang tak berape ikhlas *tu mule-mule la, lame siket baru aku ikhlas buat kerje tu..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Jam menunjokkan sudah pukol 1 ++.. Baru la aku habis memvacum rumah and campak ape yang tak patot kat dalam store..berpeloh-peloh aku kemas rumah hari ni macam maen futsal.. Setelah kepenatan bersihkan rumah aku pon masok bilik and tergolek-golek atas katil untok menghilangkan penat mengeringkan peloh..

Katil aku

Engat nak campak bende ni kat store.. Tapi store da penoh

------------------------------------------------------------------------------------------------
Bile aku rase da tak bepeloh aku pon pegi mandi.. Kelua jer bilik air mak aku lak panggil..

Mama : syapik sini jap...
Aku : haaaaa~ ape dia..
Mama :picit belakang mama.. Lengoh-lengoh la mama rase..
Aku pon picit r siket-siket..baru jer nak belah, mama cakap..
Mama : eh eh, picit kaki lak..
sekali lagi sebagai anak yang soleh aku pon picit je la

Lepas tu aku pon masok bilik and solat.. Engat nak makan tengah hari..Tapi sampai sekarang aku tak makan lagi sebab ber-facebooking-ing and ber-blog-ing..
----------------------------------------------------------------------------------------------
OK time to eat.. Tengah hari ni mama masak nasi, asam pedas, ikan goreng and sayo~

Friday, March 11, 2011

Semangat!!!

Di sebabkan aku da beli glove(glove baru)..secare tibe-tibe jer aku besemangat and tak mampu menolak bile member-member ajak maen futsal..kalau masok yang hari ni punya, da kali ke-3 aku maen futsal dalam minggu ni.. First maen hari isnen.. Lepas je beli glove teros aku setting futsal untuk malam tu.. Second maen semalam.. Disebabkan kecewe tak dapat pegi wayang tengok cite hikayat merong mahasiswa mahawangsa.. Macam best jer cite tu.. Full je memanjang.. Bile la aku dapat tengok cite tu.. Yang seronoknye maen semalam sebab aku berjaye terbang and tempis bola tu.. Malam ni maen futsa lg.. Harap dapat terbang macam semalam..

Ape-ape pon nasihat dari aku.. semangat-semangat jugak.. sebelom besukan jangan lupe panaskan badan.. Tu semue untok mengelakkan kite mudah cedera.. Lepas besukan sejukkan badan.. Bagi segale-gale yang tegang kendur semule.. Renung-renungkan,selamat beramal...


Hikayat Merong Mahawangsa

Tuesday, March 8, 2011

Adab ketika makan

Pada suatu tengah hari, sekumpulan 6 orang kawan pergi makan dekat upten.. Setelah membeli makanan, masing-masing basoh tangan and dudok kat tempat yang mereka rase selesa.. Sebelom makan salah-seorang daripada mereka membaca doa makan.. Setelah membaca doa mereka pon makan.. Semue fokus jer time makan.. Sesudah makan masing-masing bersihkan tangan dan dudok kembali.. Mereka pon berbual-bual, tengah sedap-sedap bebual, sorang daripada mereka bangun dan pergi beli aiskrim.. Time-time cuace panas ni memang best kalau makan aiskrim.. Maka yang laen pon turut bangon da pergi beli aiskrim, salah sorangnye adalah aku.. Sampai-sampai je kat meja makan, tanpa membaca bismillah dan sambil-sambil bercakap dengan kawan, aku pon menjilat aiskrim tu.. Baru jer lidah aku sentoh aiskrim tu,teros tergolek-golek aiskrim tu.. Disebabkan aku ni seorang keeper yang cekap, aku telah berjaya menangkap aiskrim tu dari teros bergolek kebawah.. Nasib baek dapat tangkap,kalau tak bazir je singget aku..

gamba hiasan


Pengajaran yang aku dapat dari insiden tu :

1) time makan jangan beborak..
2) jangan lupe bace doa sebelom dan selepas makan..
3) jangan lupe basoh tangan..

Monday, March 7, 2011

Wanna Be a Pro

Nak jadik pro kene r ade persiapan.. Kene la ade barang-barang keperluan.. Bile da ade barang-barang keperluan baru semangat siket.. Disebabkan ingin menjadi goal keeper yang cemerlang, aku pon pegi la ke Alamanda petang tadi dengan atip n syakir.. Sampai jer kat sane aku teros menuju ke kedai Al-ikhsan.. Setelah mencube beberape pasang glove.. Aku pon mengambil keputusan untok membeli glove nike..

  

  




Lewat Ke Kelas & Ke Dispensary

Hari ini aku hanye tido 3 jam jer.. Sebab semalam aku seronok sangat beborak.. Sedar-sedar da pukol 6 a.m.. Memandangkan mate aku da layu.. Aku pon mengambil keputusan untok tido sebentar.. Sebelom aku tido aku da pasang alarm.. Alarm tu aku buat pukol 8.30, sebab aku ade kelas pukol 9.. Kesudahannye aku tak dengar pon alarm tu, aku bangon pukol 9.10
  kelas pukol 9, So aku pon fikir nak pegi kelas ke tak, nak pegi kelas ke tak.. Setelah memikirkan sambil melelapkan mate aku ade satu kelas je hari ni, aku amek keputusan untok pegi kelas.. SEPANTAS KILAT AKU MANDI.. TAK SAMPAI 5 MINIT AKU DA ABES MANDI..HAHAHAHA.. Aku capai je baju yang ade.. Pastu aku sembo minyak wangi lebih-lebih siket.. Aku gerak ke COIT.. Aku masok kelas lewat setengah jam 30 minit (jam bunyi macam aku lambat sangat..  gune minit tak bunyi lmbt sgt kan???) Nasib baek lecturer x bising.. Sbb kelas hari ni 2 jam..

Ni time aku kat kelas pagi td.. credit to diniy sebab amek gamba ni..

Abes je kelas, member aku tumpang skali dengan aku.. Time kat dalam kerete tetibe dia sebot dia nak pegi dispensary petang nanti.. Saket mate katenye.. Da alang-alang aku pon tak sihat kebelakangan ni.. Dari nak hanta dia ke hostel dia, aku teros ajak dia pegi dispensary, boleh aku pegi amek ubat skali.. Sampai kat dispensary isi borang, tunggu kejap, then jumpe dokter.. Dokter check suhu badan aku, dokter cakap aku demam, tekak aku bengkak.. And dokter ade bagi satu kertas.. Tah ape name ubat dia tulis kat kertas tu.. Suroh aku beli kat farmesi.. Lupe lak nak carik time aku g Alamanda tadi..

ni ha ubat yang aku dapat.. tapi sampai sekarang pon aku tak makan lagi ubat-ubat tu..

Sekarang ni musim sakit.. So pandai-pandai r jage diri and kesihatan.. Kalau rase badan panas siket, pegi jer dispensary, mintak MC.. Mesti dapatnye.. 



Saturday, March 5, 2011

Meeting..

Papa ajak aku teman dia pegi meeting pagi td.. Malam semalam lagi papa da cakap, dia suroh aku jadik DRIVER dia.. So hari ni pagi-pagi lagi papa da kejot aku dari tido.. Baru pukol 9.. Baru engat nak tido sampai ke petang time-time cuti ni..

----------------------------------------------------------------------------------------
KAT RUMAH

Papa : syapik~!!! bangon.. Siap-siap..
Dengar suare bapak aku jer teros aku terjage.. Slalu member gerakkan aku pon aku x terjage.. Pelik tol..
Aku : Haaaaaa.. OK.. sambil dok kat atas katil
Papa : Pakai smart-smart siket.. Nak g meeting kat hotel ni..
Dalam fikiran aku lak.. aku x smart ke selame ni???


Then aku pon g r siap-siap.. Sarapan 2-3 suap nasik lemak..
--------------------------------------------------------------------------------------
DALAM KERETA


Papa : Nanti time meeting denga beto-betol tau..
Aku : Kite nk pegi mane ni pa?? Ade meeting ape??
Papa : Pegi hotel(ape tah name hotel tu aku x engat).. Kawan papa ni dulu ade stesen minyak.. Tapi da jual stesen minyak tu.. Sekarang dia jual AIR PURIFIER.. Then blablabla blablabla blabla.. bapak aku membebel pasal bende tu..
--------------------------------------------------------------------------------------
KAT HOTEL


Sampai je kat hotel aku and papa pon tggu kawan papa.. Pastu kawan papa sampai, so dorang pon bincang la siket pasal produk tu..da abes bincang baru dorang pegi jumpe management hotel.. Rupenye papa nak jual bende tu kat hotel tu.. Aku x join dorang meeting.. Aku lepak ngn kawan papa nye asisten.. kesimpulannye aku x dengar ape-ape pon time dorang meeting.. Bincang punye bincang pihak hotel setuju amek 4 uniten unit dulu.. Nak try keberkesanan bende tu dulu.. Da habis meeting kitorang pon g makan.. Time makan pon dorang bincang lagi pasal bende tu.. Lepas makan, kitorang pegi rumah jiran lame aku lak.. Hanta bende tu.. Jiran aku beli satu bende tu..
---------------------------------------------------------------------------------------
RUMAH JIRAN LAME


Sampai je rumah tu.. Lepas salam - salam tuan rumah, aku teros dok depan tv.. Papa, kawan dia and tuan rumah dok cite pasal bende tu..cite punye cite, tuan rumah tu nak lagi dua bende tu.. Satu nak letak kat ofis.. Satu lagi nk letak kat rumah dia yang lagi satu..

So hari ni memang aku denga pasal bende tu jer..
---------------------------------------------------------------------------------------
ni la rupe bende tu (AIR PURIFIER).. 

Ape bende AIR PURIFIER ni??
Bende ni sebenanye penapis udare.. Function dia macam penapis air la.. Tapis air yang bekarat-karat dari paip.. Then kelua air SESUCI LEBARAN.. Yang AIR PURIFIER ni lak sedut udare yang kotor, yang berdebu, yang tercemar, yang berbau , tapis- tapis, Then keluakan udare segar..
------------------------------------------------------------------------------------
SAMPAI RUMAH
Sampai jer rumah papa suroh aku pegi dobi lak.. Hanta Baju dia pegi basoh.. Balek dari dobi aku menambahkan kepenatan kat diri aku.. Aku basoh kereta aku yg sekian lame x terbasoh and da hitam(warne asal kereta aku warne kelabu).. Sekarang kereta aku da jadik warne kelabu balek.. Seronok hati aku bile tengok kereta da bersih.. Betambah seronok sebab malam ni mama masak ketam masak lemak..
WOW~ NICE.. Thankz mama.. Thankz papa... =)

Friday, March 4, 2011

Kemarahan!!!

Entry aku hari ni pasal kemarahan!!! Bukan aku sorang je yg marah.. Tp semue student uniten marah, mengamok, tension, bengang dan sewaktu dengannye.. Pahal tetibe semue org nk mengamok ni?? cecite cecite... kitorang bukannye suke-suke nak mengamok or marah.. Kitorang ni semue baek-baek belake orangnye.. Tp smpai bile kite nak jadik orang baek.. Tak kan orang da pijak kite pon, kite nak diam jer.. 

Semue ni berlaku berpunce daripada pemasangan meter elektrik kat setiap hostel(Rumah).. Ni bermakne student kene baya sendiri elektrik yang digunakan.. Care bayarannye adalah menggunakan topap.. Macam handpon, habis kredit jer topap.. Macam tu la systemnye.. Sekali topap 40 ringget.. Sehari pakai, paling kurang pon 6 ringget(tu pon da berjimat habis-habisan)..

lebih kurang macam ni r meter lektrik tu..(gamba hiasan)

Disebabkan semue student mengamok dan tak berpuas hati dengan management, semalam telah berlangsungnye petempuran dialog antare student dengan pihak uniten.. Aku tak dapat pegi sebab men-busy-kan diri menyiapkan assignment.. So aku pon tanye la member-member yang pergi sesi dialog tu.. 

Hasil dari dialog tu telah menambahkan kemarahan student.. Mau tak marah.. Hasil dari dialog semalam, pihak uniten cakap dorang nak naekkan sewa pulak.. Kasi up 100 ringget.. HACIK DIA.. Dorang engat student g uniten nak buat investment ke?? Kitorang nak study la bingai!!! And satu lagi cadangan yang sedang dikaji oleh pihak uniten adalah untok naekkan yuran pengajian.. Ni satu lagi hal.. Dah pasang meter elektrik, nak naekkan sewa rumah, pastu nak naekkan yuran pengajian lak.. Uniten ni mmg betol-betol nak mentelaah duet student..

Akhir kata (dialog rekaanku),

Uniten : Ye student ye...
            Insan yang cemerlang datangnye 
            dari akal dan hati yang tenang,
            jiwa yang mantop ye ye..
            yang pertama jangan marah-marah,
           orang yang marah akalnye mereng tak betol..

student : tengkorak ko!!!
             korang nak mencekik duet student
             takkan kitorang nak relax jer..

BEGITU LA FLASHBACK SAYA..

Thursday, March 3, 2011

Saje2

Rasenye da lame aku tak update blog ni.. Bukannye aku tak nak update or tak ade bendu untok di-update-kan..    
Tapi biase r kehidupan seorang student.. Sentiase busy dengan assignment, quiz, exam, and aktiviti riadah.. Rase macam nk update segale aktiviti aku minggu ni secare panjang lebar.. Tapi aku kemalas sebab dah pukol 4 sekarang ni, mate aku pon dah layu. So aku buat dalam bentok point je la..

  • Isnen malam --> membusykan diri study MIS.
  • Selase pagi --> quiz MIS.
  • Selase petang --> maen futsal .
  • Rabu tengah hari --> derma darah.
  • Rabu petang --> siap-siap utk presentation.
  • Rabu malam --> buat presentation.
  • Lepas presentation study E-Business lak.
  • Khamis tgh hari -->Test E-Business.
  • Khamis petang sampai ke malam siapkan coding cobol.
  • Tadi baru jer habis maen game..
Tu la aktiviti harian aku minggu ni.. Keletihan aku dibuatnye.. So ni je la aku nye update buat mase ni..

Saturday, February 26, 2011

Aktiviti Hari Minggu..

Hari ni aku sekeluarge(abg aku jer xde) kelua g makan kat chilis kat mid valley.. seronok dapat kumpul ramai-ramai.. bukan selalu dapat kumpul macam nih.. masing-masing busy keje n study.. aku la org paling busy skali dalam family aku.. busy buat ape?? xde buat ape pon..just buat-buat busy jer. .so hari minggu je la dapat kumpul ramai-ramai..

ni antare makanan yg ade kat depan mate aku..tp gamba nih aku donlod kat google jer.. td x sempat amek gamba.. makanan smpai jer teros makan.. hahahaha..





tu aktiviti utk hari nih.. esok lak pagi-pagi aku nk kene g uniten amek member aku.. then g mane-mane shopping complex nak pegi beli hadiah untok org kawen.. sape kawen?? aku punye brother kawen.. brother Asheed.. so aku engat aku nak tido awal malam ni..
So long and goodnight..

/me away pegi tengok bola..then baru tido..tu pon kalau boleh tido..


Tuesday, February 22, 2011

Mencari Publicity

Dikala aku kebosanan + tak boleh tido.. Aku bukak Blog member aku (meuz).. And aku tertarik dengan satu entry dia.. Entry tu pasal Exchange link + gamba.. 

Ape bende exchange link?? Aku pon tak tau.. Pada pandangan aku la kan.. Bende nih macam ko promote blog member ko dengan care letak link member ko tu kat blog ko.. Ade jenis pembace yang suke maen click-click ape je link yang ade .. Secare menggatal tangannye tak langsung pembace akan terclick link korang..

ape yang si meuz buat lebih kurang macam nih ha~
dia akan amek gamba korang and letak kat blog dia.. And dia akan linkkan gamba tu dengan blog korang.. So kalau pembace rase gamba korang tu cute jer, pastu click kat gamba tu, secare automatiknye pembace akan ke blog korang..

contohnye..macam aku buat kat gamba bawah ni..

try click kat gamba nih

TO MEUZ :

Bawah ni gamba yang aku nk gune utk exchange link tu..



Monday, February 21, 2011

Terkilan..

Utk pengetahuan korang hari ni belangsungnye tayangan perdana video projek kelas MIS.. Dan grup aku menang..menang sbb ape?? sbb grup aku punye vid kelaka weh!!!

 Da menang pon terkilan ke??
 sbb ape aku terkilan?? 
sbb aku x dtg tayangan perdana video pertame aku... 

sbb ape aku x dtg?? 
sbb aku tdo.. member aku da kejot pon aku x tejage.. 

aku da tunggu saat tayangan ni dr minggu lepas lg.. tp nk buat macam mane bende da lepas..

ni name group aku

gamba2 kat bawah nih antare part2 yg buat  org tegelak sakan (menurut kawan aku r)..
ni part introduction aku ngn member aku ( ben )


2 gamba atas nih time boss (horny boss) masok tandas pompuan and mengintai

part ni part aku tekejot.. sbb tgh beraksi gay tetibe ade org datang..

time ni boss cube melawan time kene tangkap..tp waktu dye melawan tu nmpk macam dye menari..

CHARACTER
ni la the horny boss name dye Abdulaziz

ni pulak Dhivya and Pravina..dorang ni secretary horny boss..

Vimalen ni bawak watak sbg Police officer..

last skali..

aku n ben..kitorang jdk security.. dalam cite ni aku jdk gay n ben jdk mangse aku..



Muatan Lebih..

Kisahnye macam ni..
Td aku g majlis Doa selamat.. 1 of my brother bukak kedai makan.. Lepas Doa selamat tu biase r ade makan2 siket.. Yang specialnye hidangan ni dimasak oleh tokey kedai.. Ape yg dihidangkan??

Ayam goreng (gamba hiasan)

Daging salai masak lemak (gamba hiasan)

sayur campo (gamba hiasan)


Sambal Belacan (gamba hiasan)

Buah (gamba hiasan)

Ape yg aku nk cite bukan pasal makan2 nih.. Tp pasal ape yg jadik lepas makan2 tu.. Aku balek betige.. mase on the way balek aku benti isi minyak jap.. Kisah muatan lebih ni aku perasan lepas isi minyak.. Lepas klua isi minyak tu ade lori beam lampu kat aku.. Aku pon pelik r.. Bile check2 rupenye lampu krte aku x bukak.. Pastu jalan punye jalan aku kene beam skali lg.. Kali ni dgn bas pulak.. Aku pon check r ape yg kurang.. Tp xde pape.. Lampu da on, pintu krte semue rapat.. Time ni aku start pikir bukan2 da.. Tp aku diam kan jer.. Then hanta kawan yg sorang ni balek miat.. Tggl la aku dgn sorang lg kawan aku.. Lepas hanta tu aku kene beam lg 2 kali.. Kali ni krte dr arah betentangan lak.. Becelaru kepale otak aku.. Hilang fokus da.. Bende ni buat aku betambah suspen time lalu sebelah skola teknik sepang ade bukit tp xde r tinggi or curam.. Slalunye laju jer krte aku naek bukit tu.. Tp malam ni rase berat gile!! naek bukit tu pakai gear satu jer.. Dalam hati aku da macam2 surah aku bace.. Jgn tanye r ape yg aku bace.. Semue da tunggang-tebalik..  Tp Alhamdulillah r.. Aku sampai kat Uniten dgn selamat.. And aku x nmpk ape yg x patot.. Maybe bende ni tejadik sbb time lepas makan2 td ade r cite siket pasal bende2 nih.. 
THE END

bersame dgn brother2 aku..

ni contoh high beam (silau gile weh kalau kene)


ni la contoh bende yg x patot aku nmpk a.k.a muatan lebih!!!