Sunday, March 27, 2011

Tamat~

Setelah berpenat lelah aku menempuhi sem ni, akhirnye da sampai ke penghujung da.. Terase cepat jer mase berlalu.. Tak tau la sebab ape.. Adakah sebab aku fokus study?? Atau pon sebab aku bnyk sangat begembire sampai tak engat ape yang da berlaku?? Tu semue da lepas.. Last paper ari sabtu.. Tapi baru hari ni aku bekesempatan untok meng-update blog ni.. Alhamdulillah, aku dapat wat final exam dengan tersenyum lebar saje psycho orang yang dudok keliling aku.. Macam-macam berlaku dalam sem ni yang buat kepale aku pening and ade gak yang buat aku tersenyum sampai member-member tension tengok aku asyik tersenyum jer.. JELES LA TU~ hahahaha..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebelom exam hari tu macam-macam idea klua dari kepale hotak member-member dan aku untok aktiviti lepas final.. Nak pegi becuti kat pulau la, memancing la, berfutsal la dan banyak lagi la la la la.. Dalam banyak-banyak idea tu, yang kompem jadik adalah futsal.. Yang laen tak tau la.. Bukan tak nak buat, tapi sekarang ni kewangan dunie tak stabil.. So, pandai-pandai la fikir nak buat ke tak projek yang dianggarkan menelan belanje yang mengjangkau berjuta-juta sen tu macam business da ha~..
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ape-ape pon aku nak ucapkan selamat bercuti kepada sesiape yang tengah bercuti.. And selamat menjawab exam kepada sape yang x habes exam lg.. Harap-harap dapat jumpe korang lagi pada waktu yang laen dan hari yang laen..

Jage diri.. Jangan nak begembire sangat sampai lupe diri.. Elok-elok balek ke kampong halaman.. Pandu cermat jiwa selamat duet pon selamat...

p/s : Disebabkan terlalu fokus untok exam, aku x perasan lak, lagi beberape hari lagi genap la 21 tahon aku hidop kat muke bumi ciptaan Allah.. Aku harap dengan betambahnye usia aku ni, amalan aku pon bertambah..  AMIN~

Saturday, March 19, 2011

Format PC

Hari ni pagi-pagi lagi aku da bangon.. Dalam keadaan mamai aku jalan pegi bilik atip.. Lepak kejap then aku menyambong pejalanan aku ke bilik air.. Lepas tu aku pon ke bilik moyoz, amek CD win 7.. Nak format pc, pc aku da crash.. Dengan bantuan daripada moyoz aku berjaya format pc aku.. Buat mase ni tak banyak lagi bende yang aku install.. Yang penting-penting je aku install

Desktop berwajah baru


ni pulak anti virus yang aku pakai.. PandaCloud Antivirus

-------------------------------------------------------------------------------------------------
 Aku recommend kan kat korang yang rumah jaoh dari surau or masjid and yang slalu dok depan pc jer kan, donlod IslamicFinder Athan (Azan) software.. application ni akan tunjok waktu solat + Azan akan dimainkan secare automatic bila da masok waktu + siap ade doa lepas Azan lagi.. Korang siap boleh pilih Azan lagi, ade 4 pilihan, korang boleh pilih Azan dari Makkah, Madina, Al-aqsa ataupon Egypt.. Application ni jugak tunjok waktu solat lebih dari 6 juta banda.. Banyak lg function yang ade tapi aku tak explore habis lagi..



korang boleh download application ni dari web IslamicFinder atau pon dari Download.com

kalau korang nak carik software untok pc, korang boleh  carik kat Filehippo. Banyak bende ade kat sini..

Friday, March 18, 2011

Petang Or Malam?

Pada pendapat korang la kan.. Mane lagi best? Drive kat Highway(laluan tinggi) time petang ke malam?

Pada pendapat aku la kan :


Bestnye drive time petang :

  • Tak disilaukan dengan lampu-lampu kereta (lagi-lagi yang lampu putih tu..benci lak aku)
  • Tak banyak kereta (boleh bermaharajalawaklela kat highway tu)
  • nampak segale lubang or ape-ape objek kat tengah-tengah jalan tu..
Yang tak bestnye drive time petang ni, berdasarkan pengalaman aku drive balek ke joho petang semalam(maksud aku petang khamis) adalah  aku rase mengantok time drive.. And satu lagi badan rase cepat letih kalau drive time petang nak bandingkan dengan drive time malam..

Bestnye drive time malam :
  • Aku tak rase ngantok..
  • udare yang nyaman  (drive time petang boleh tebaka tangan aku)
  • kalau ade kereta polis, dari jaoh lagi da boleh nampak lampu kereta polis tu (cepat-cepat aku slowkan kereta and teros tuka lane..hahaha)
Yang tak bestnye drive time malam, disilaukan oleh lampu kerete.. Biasenye time-time malam ni ramai nak kereta sebab banyak orang balek (saje tebalek-tebalekkan ayat tu..pandai-pandai la korang reka ayat sendiri).. Keadaan jalan tak berape jelas sebab gelap.. (kalau korang perasan r kan.. point tak best drive time malam ni aku amek dari point best kalau drive petang..hahaha..)


NENON~ NENON~ NENON~

Kesimpulannye, aku lagi suke drive kat highway time malam...

Monday, March 14, 2011

Metalab time~

Ape metalab ni?? Budak-budak uniten mesti tau kan function metalab ni.. Kepada yang tak tau tu, metalab ni sebenanye tempat untok lecturer uniten upload ape-ape yang berkenaan kelas dan tempat student-student download ape-ape berkenaan kelas..

Aku slalu bukak metalab ni time awal sem, time-time dekat quiz and time-time dekat final.. Sebab ape?? sebab time awal sem aku sangat bersemangat untok study kejap je la, standard  awal-awal sem la.. Then time-time dekat quiz tu sebab aku nak buat toyol study betol ke study??.. Time nak final lak aku bukak skali lg, sebab note yang aku donlod sebelom da hilang kemane..

ni lah contoh metalab..simple kan??buat nk lawa-lawa.. bukan slalu student bukak pon. bukak pon takat nk donlod note jer..

Pesanan ringkas dari pihak penaja :
Selamat menjawab exam kepada semue yang akan menduduki exam..
moh la kite study..engat study untok dapat ilmu..bukan semate-mate untok menjawab exam..
all the best and gud luck..

Saturday, March 12, 2011

Meletihkan diri yang keletihan..

Hari minggu datang lagi *care cakap macam iklan tora..
Hari minggu kali ni meletihkan aku sebab semalam aku tak dapat tido..asyik terjage jer.. Tido pukol 12.. Then terjage pukol 1 lebih.. Tibe-tibe teringat ade game MAN U.. Teros aku g depan tv.. Game da start 1/6 jam (sepuloh minit).. Aku pon layan r game tu.. MAN U menang!!! yeay~ bebaloi-baloi la tengok game tu..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pas bola habes aku pon masok ke bilik dengan harapan dapat tido.. Bergolek-golek macam ayam golek aku kat atas katil nasib baek tak tergolek ke bawah.. Tapi sayang aku tak dapat tido gak.. Aku pon g depan tengok tv.. Layan cite ninja sampai ke subuh sambil berangan nak jadik ninja.. Cite tu abes aku pon g solat subuh.. Pastu baru aku dapat tido..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Tengah sedap-sedap tido tibe-tibe henpon aku bunyik.. Ade message masok.. Orang tu wish gud moning and suroh aku bangon.. Aku pon tengok jam.. Rupenye baru pukol 8.30.. Baru 2 jam aku tdo.. Disebabkan tak boleh nak tido balek aku pon layan jer message dengan dye sampai pukol 10.30..
--------------------------------------------------------------------------------------------
Makan time.. Klua bilik aku tengok kat meja makan dah terhidang sarapan untok aku bukan macam kat uniten, klua bilik nampak sampah jer atas meja makan.. Pagi ni sarapan western siket.. Ade sosej, baked bean, kacang peas and telo.. *nice~
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tengah sedap-sedap makan tibe-tibe papa panggil..

Papa: syapik, lepas ni bersihkan kipas, vacum siket rumah ni.. Da berabok..
Aku :Sebagai anak yang soleh aku pon  menjawab OK~ *dalam hati, asyk aku je bersihkan rumah yang laen semue sedap jer klua tido and maen game..

Pas makan aku pon buat la ape yang disuroh oleh bapak aku tadi.. Aku pon memulekan kerje dengan hati yang tak berape ikhlas *tu mule-mule la, lame siket baru aku ikhlas buat kerje tu..
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Jam menunjokkan sudah pukol 1 ++.. Baru la aku habis memvacum rumah and campak ape yang tak patot kat dalam store..berpeloh-peloh aku kemas rumah hari ni macam maen futsal.. Setelah kepenatan bersihkan rumah aku pon masok bilik and tergolek-golek atas katil untok menghilangkan penat mengeringkan peloh..

Katil aku

Engat nak campak bende ni kat store.. Tapi store da penoh

------------------------------------------------------------------------------------------------
Bile aku rase da tak bepeloh aku pon pegi mandi.. Kelua jer bilik air mak aku lak panggil..

Mama : syapik sini jap...
Aku : haaaaa~ ape dia..
Mama :picit belakang mama.. Lengoh-lengoh la mama rase..
Aku pon picit r siket-siket..baru jer nak belah, mama cakap..
Mama : eh eh, picit kaki lak..
sekali lagi sebagai anak yang soleh aku pon picit je la

Lepas tu aku pon masok bilik and solat.. Engat nak makan tengah hari..Tapi sampai sekarang aku tak makan lagi sebab ber-facebooking-ing and ber-blog-ing..
----------------------------------------------------------------------------------------------
OK time to eat.. Tengah hari ni mama masak nasi, asam pedas, ikan goreng and sayo~

Friday, March 11, 2011

Semangat!!!

Di sebabkan aku da beli glove(glove baru)..secare tibe-tibe jer aku besemangat and tak mampu menolak bile member-member ajak maen futsal..kalau masok yang hari ni punya, da kali ke-3 aku maen futsal dalam minggu ni.. First maen hari isnen.. Lepas je beli glove teros aku setting futsal untuk malam tu.. Second maen semalam.. Disebabkan kecewe tak dapat pegi wayang tengok cite hikayat merong mahasiswa mahawangsa.. Macam best jer cite tu.. Full je memanjang.. Bile la aku dapat tengok cite tu.. Yang seronoknye maen semalam sebab aku berjaye terbang and tempis bola tu.. Malam ni maen futsa lg.. Harap dapat terbang macam semalam..

Ape-ape pon nasihat dari aku.. semangat-semangat jugak.. sebelom besukan jangan lupe panaskan badan.. Tu semue untok mengelakkan kite mudah cedera.. Lepas besukan sejukkan badan.. Bagi segale-gale yang tegang kendur semule.. Renung-renungkan,selamat beramal...


Hikayat Merong Mahawangsa

Tuesday, March 8, 2011

Adab ketika makan

Pada suatu tengah hari, sekumpulan 6 orang kawan pergi makan dekat upten.. Setelah membeli makanan, masing-masing basoh tangan and dudok kat tempat yang mereka rase selesa.. Sebelom makan salah-seorang daripada mereka membaca doa makan.. Setelah membaca doa mereka pon makan.. Semue fokus jer time makan.. Sesudah makan masing-masing bersihkan tangan dan dudok kembali.. Mereka pon berbual-bual, tengah sedap-sedap bebual, sorang daripada mereka bangun dan pergi beli aiskrim.. Time-time cuace panas ni memang best kalau makan aiskrim.. Maka yang laen pon turut bangon da pergi beli aiskrim, salah sorangnye adalah aku.. Sampai-sampai je kat meja makan, tanpa membaca bismillah dan sambil-sambil bercakap dengan kawan, aku pon menjilat aiskrim tu.. Baru jer lidah aku sentoh aiskrim tu,teros tergolek-golek aiskrim tu.. Disebabkan aku ni seorang keeper yang cekap, aku telah berjaya menangkap aiskrim tu dari teros bergolek kebawah.. Nasib baek dapat tangkap,kalau tak bazir je singget aku..

gamba hiasan


Pengajaran yang aku dapat dari insiden tu :

1) time makan jangan beborak..
2) jangan lupe bace doa sebelom dan selepas makan..
3) jangan lupe basoh tangan..

Monday, March 7, 2011

Wanna Be a Pro

Nak jadik pro kene r ade persiapan.. Kene la ade barang-barang keperluan.. Bile da ade barang-barang keperluan baru semangat siket.. Disebabkan ingin menjadi goal keeper yang cemerlang, aku pon pegi la ke Alamanda petang tadi dengan atip n syakir.. Sampai jer kat sane aku teros menuju ke kedai Al-ikhsan.. Setelah mencube beberape pasang glove.. Aku pon mengambil keputusan untok membeli glove nike..

  

  




Lewat Ke Kelas & Ke Dispensary

Hari ini aku hanye tido 3 jam jer.. Sebab semalam aku seronok sangat beborak.. Sedar-sedar da pukol 6 a.m.. Memandangkan mate aku da layu.. Aku pon mengambil keputusan untok tido sebentar.. Sebelom aku tido aku da pasang alarm.. Alarm tu aku buat pukol 8.30, sebab aku ade kelas pukol 9.. Kesudahannye aku tak dengar pon alarm tu, aku bangon pukol 9.10
  kelas pukol 9, So aku pon fikir nak pegi kelas ke tak, nak pegi kelas ke tak.. Setelah memikirkan sambil melelapkan mate aku ade satu kelas je hari ni, aku amek keputusan untok pegi kelas.. SEPANTAS KILAT AKU MANDI.. TAK SAMPAI 5 MINIT AKU DA ABES MANDI..HAHAHAHA.. Aku capai je baju yang ade.. Pastu aku sembo minyak wangi lebih-lebih siket.. Aku gerak ke COIT.. Aku masok kelas lewat setengah jam 30 minit (jam bunyi macam aku lambat sangat..  gune minit tak bunyi lmbt sgt kan???) Nasib baek lecturer x bising.. Sbb kelas hari ni 2 jam..

Ni time aku kat kelas pagi td.. credit to diniy sebab amek gamba ni..

Abes je kelas, member aku tumpang skali dengan aku.. Time kat dalam kerete tetibe dia sebot dia nak pegi dispensary petang nanti.. Saket mate katenye.. Da alang-alang aku pon tak sihat kebelakangan ni.. Dari nak hanta dia ke hostel dia, aku teros ajak dia pegi dispensary, boleh aku pegi amek ubat skali.. Sampai kat dispensary isi borang, tunggu kejap, then jumpe dokter.. Dokter check suhu badan aku, dokter cakap aku demam, tekak aku bengkak.. And dokter ade bagi satu kertas.. Tah ape name ubat dia tulis kat kertas tu.. Suroh aku beli kat farmesi.. Lupe lak nak carik time aku g Alamanda tadi..

ni ha ubat yang aku dapat.. tapi sampai sekarang pon aku tak makan lagi ubat-ubat tu..

Sekarang ni musim sakit.. So pandai-pandai r jage diri and kesihatan.. Kalau rase badan panas siket, pegi jer dispensary, mintak MC.. Mesti dapatnye.. 



Saturday, March 5, 2011

Meeting..

Papa ajak aku teman dia pegi meeting pagi td.. Malam semalam lagi papa da cakap, dia suroh aku jadik DRIVER dia.. So hari ni pagi-pagi lagi papa da kejot aku dari tido.. Baru pukol 9.. Baru engat nak tido sampai ke petang time-time cuti ni..

----------------------------------------------------------------------------------------
KAT RUMAH

Papa : syapik~!!! bangon.. Siap-siap..
Dengar suare bapak aku jer teros aku terjage.. Slalu member gerakkan aku pon aku x terjage.. Pelik tol..
Aku : Haaaaaa.. OK.. sambil dok kat atas katil
Papa : Pakai smart-smart siket.. Nak g meeting kat hotel ni..
Dalam fikiran aku lak.. aku x smart ke selame ni???


Then aku pon g r siap-siap.. Sarapan 2-3 suap nasik lemak..
--------------------------------------------------------------------------------------
DALAM KERETA


Papa : Nanti time meeting denga beto-betol tau..
Aku : Kite nk pegi mane ni pa?? Ade meeting ape??
Papa : Pegi hotel(ape tah name hotel tu aku x engat).. Kawan papa ni dulu ade stesen minyak.. Tapi da jual stesen minyak tu.. Sekarang dia jual AIR PURIFIER.. Then blablabla blablabla blabla.. bapak aku membebel pasal bende tu..
--------------------------------------------------------------------------------------
KAT HOTEL


Sampai je kat hotel aku and papa pon tggu kawan papa.. Pastu kawan papa sampai, so dorang pon bincang la siket pasal produk tu..da abes bincang baru dorang pegi jumpe management hotel.. Rupenye papa nak jual bende tu kat hotel tu.. Aku x join dorang meeting.. Aku lepak ngn kawan papa nye asisten.. kesimpulannye aku x dengar ape-ape pon time dorang meeting.. Bincang punye bincang pihak hotel setuju amek 4 uniten unit dulu.. Nak try keberkesanan bende tu dulu.. Da habis meeting kitorang pon g makan.. Time makan pon dorang bincang lagi pasal bende tu.. Lepas makan, kitorang pegi rumah jiran lame aku lak.. Hanta bende tu.. Jiran aku beli satu bende tu..
---------------------------------------------------------------------------------------
RUMAH JIRAN LAME


Sampai je rumah tu.. Lepas salam - salam tuan rumah, aku teros dok depan tv.. Papa, kawan dia and tuan rumah dok cite pasal bende tu..cite punye cite, tuan rumah tu nak lagi dua bende tu.. Satu nak letak kat ofis.. Satu lagi nk letak kat rumah dia yang lagi satu..

So hari ni memang aku denga pasal bende tu jer..
---------------------------------------------------------------------------------------
ni la rupe bende tu (AIR PURIFIER).. 

Ape bende AIR PURIFIER ni??
Bende ni sebenanye penapis udare.. Function dia macam penapis air la.. Tapis air yang bekarat-karat dari paip.. Then kelua air SESUCI LEBARAN.. Yang AIR PURIFIER ni lak sedut udare yang kotor, yang berdebu, yang tercemar, yang berbau , tapis- tapis, Then keluakan udare segar..
------------------------------------------------------------------------------------
SAMPAI RUMAH
Sampai jer rumah papa suroh aku pegi dobi lak.. Hanta Baju dia pegi basoh.. Balek dari dobi aku menambahkan kepenatan kat diri aku.. Aku basoh kereta aku yg sekian lame x terbasoh and da hitam(warne asal kereta aku warne kelabu).. Sekarang kereta aku da jadik warne kelabu balek.. Seronok hati aku bile tengok kereta da bersih.. Betambah seronok sebab malam ni mama masak ketam masak lemak..
WOW~ NICE.. Thankz mama.. Thankz papa... =)

Friday, March 4, 2011

Kemarahan!!!

Entry aku hari ni pasal kemarahan!!! Bukan aku sorang je yg marah.. Tp semue student uniten marah, mengamok, tension, bengang dan sewaktu dengannye.. Pahal tetibe semue org nk mengamok ni?? cecite cecite... kitorang bukannye suke-suke nak mengamok or marah.. Kitorang ni semue baek-baek belake orangnye.. Tp smpai bile kite nak jadik orang baek.. Tak kan orang da pijak kite pon, kite nak diam jer.. 

Semue ni berlaku berpunce daripada pemasangan meter elektrik kat setiap hostel(Rumah).. Ni bermakne student kene baya sendiri elektrik yang digunakan.. Care bayarannye adalah menggunakan topap.. Macam handpon, habis kredit jer topap.. Macam tu la systemnye.. Sekali topap 40 ringget.. Sehari pakai, paling kurang pon 6 ringget(tu pon da berjimat habis-habisan)..

lebih kurang macam ni r meter lektrik tu..(gamba hiasan)

Disebabkan semue student mengamok dan tak berpuas hati dengan management, semalam telah berlangsungnye petempuran dialog antare student dengan pihak uniten.. Aku tak dapat pegi sebab men-busy-kan diri menyiapkan assignment.. So aku pon tanye la member-member yang pergi sesi dialog tu.. 

Hasil dari dialog tu telah menambahkan kemarahan student.. Mau tak marah.. Hasil dari dialog semalam, pihak uniten cakap dorang nak naekkan sewa pulak.. Kasi up 100 ringget.. HACIK DIA.. Dorang engat student g uniten nak buat investment ke?? Kitorang nak study la bingai!!! And satu lagi cadangan yang sedang dikaji oleh pihak uniten adalah untok naekkan yuran pengajian.. Ni satu lagi hal.. Dah pasang meter elektrik, nak naekkan sewa rumah, pastu nak naekkan yuran pengajian lak.. Uniten ni mmg betol-betol nak mentelaah duet student..

Akhir kata (dialog rekaanku),

Uniten : Ye student ye...
            Insan yang cemerlang datangnye 
            dari akal dan hati yang tenang,
            jiwa yang mantop ye ye..
            yang pertama jangan marah-marah,
           orang yang marah akalnye mereng tak betol..

student : tengkorak ko!!!
             korang nak mencekik duet student
             takkan kitorang nak relax jer..

BEGITU LA FLASHBACK SAYA..

Thursday, March 3, 2011

Saje2

Rasenye da lame aku tak update blog ni.. Bukannye aku tak nak update or tak ade bendu untok di-update-kan..    
Tapi biase r kehidupan seorang student.. Sentiase busy dengan assignment, quiz, exam, and aktiviti riadah.. Rase macam nk update segale aktiviti aku minggu ni secare panjang lebar.. Tapi aku kemalas sebab dah pukol 4 sekarang ni, mate aku pon dah layu. So aku buat dalam bentok point je la..

  • Isnen malam --> membusykan diri study MIS.
  • Selase pagi --> quiz MIS.
  • Selase petang --> maen futsal .
  • Rabu tengah hari --> derma darah.
  • Rabu petang --> siap-siap utk presentation.
  • Rabu malam --> buat presentation.
  • Lepas presentation study E-Business lak.
  • Khamis tgh hari -->Test E-Business.
  • Khamis petang sampai ke malam siapkan coding cobol.
  • Tadi baru jer habis maen game..
Tu la aktiviti harian aku minggu ni.. Keletihan aku dibuatnye.. So ni je la aku nye update buat mase ni..