Monday, April 18, 2011

Aktiviti Hari Ahad~

Alhamdulillah.. Aku masih lagi diberikan kesempatan untok hidup diatas muke bumi ini.. Dengan nikmat yang diberikan ini, aku mengambil sediket waktu untok menyambong meng-updated blog ni.. Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelom ni, entry ni aku cite pasal aktiviti yang aku buat ari ahad sampai ke pagi tadi pulak.. Ceritenye bermule apabila.....
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi-pagi lagi mama da masok bilek aku.. Then dengan confidentnye teros On pc aku.. Disebabkan aku tau kalau aku bangon mesti aku kene buat keje, so aku buat-buat tdo jer.. Then mama termenong kat depan pc.. Tau sebab ape mama termenong?? sebab pc aku ade password.. Aku gelak kat dalam hati..hahaha.. Tapi aku punye gelak tak lame.. Sebab tibe-tibe aku dengar bunyi windows, aku menjerit dalam hati.. WOI !!! MANE MAMA TAU PASSWORD AKU!!! Dengan selambernye mama cucok pendrive dia & pasang lagu sekuat-kuatnye.. Aku relax lagi, masih lagi konon-konon tido.. Bile mama kelua jer dari bilek, teros aku bangon sebab da tak leh blakon tido lagi da.. Telinge da pekak sebab mama bukak lagu kuat-kuat.. Aku pon online ler seperti hari-hari biase.. Tengah-tengah online papa masok bilek.. Then papa pon cakap "Haaaa~ sapik da bangon da.. Meh tolong kemas dapo ni".. So tanpe alasan, aku pon pegi la buat keje.. Dekat-dekat pukol 2 baru habes kemas-kemas tu..
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas tu aku pon bermessage dengan ery, tanye ade tak aktiviti yang menarik untok dibuat. So terkelua la idea-idea.. Cadang-cadangnye nak tengok Amirul(Doi) & Mirin maen bola, lepas tu lepak-lepak minom kat KL sampai pagi.. Kemudian seperti biase ape yang dirancang tak menjadik.. Ni semue gara-gara si ery terlalu besemangat nak bawak teman sejati dia (Zul) pegi tengok bola skali.. Ke-tidak-jadi-an ape yang dirancang juga di support dengan kelewatan aku & bio sampai ke tempat bekumpol(kat upten) dari mase yang dijanjikan.. Disebabkan da telambat & sambil-sambil tunggu doi sampai, so aku, ery, zul & bio pon dok lepak kat upten.. Bincang ape aktiviti yang nak dibuat, sebulat suare bersetuju untok pegi karok kat mines..Sebelom gerak ke mines tu kitorang call kecik ajak kecik g karok skali.. Sampai jer mines, sementare kecik sampai kitorang bincang lagi ape aktiviti lepas karok.. Si zul da menyumpah-nyumpah sebab dia nak kene balik awal.. Ade  assignment katenye, kol 11 dia nak balek.. Tunggu punye tunggu kecik sampai dekat-dekat kol 10.. Skali lagi ape yang dirancang tak menjadik.. Kali ni kitorang tuka rancangan.. Pegi lepak kat mamak jer (zul tak join dia balek MIAT).. Tengok bola game liverpool ngn Arsenal sampai pagi sambil-sambil maen game menguji minda..
Dari kiri : Bio, Zul, Aku & Doi
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti seterosnye adalah pegi maen pool kat south city plaza.. Pada awalnye aku just nak tengok dorang maen jer sebab aku x pandai maen.. Tapi ery pakse aku maen, dia aja aku macam mane maen pool.. Game tu aku kalah, next game kitorang maen team.. Aku team dengan ery.. Bio team dengan Doi.. Maen 3 game, tige2 aku dengan ery menang.. Ni la namanye beginner's luck..  
 ----------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas maen pool, kitorang meneruskan perjalanan ke kolam air panas pulak.. On the way ke sane kitorang sempat singgah kat kedai mamak jap untok breakfast sambil maen kad.. Hari ni kitorang breakfast awal, kol 4 lebih da breakfast.. Agak masing-masing da kenyang & mase da nice untok ke kolam air panas, kitorang pon gerak ke destinasi tersebut.. Sampai jer kat sane ade la dalam 2 kumpulan manusie yang baru nak gerak balek.. So tinggal la aku & kawan-kawan kat kolam tu.. Baru jer kitorang rendamkan kaki, tetibe hujan rintik-rintik.. Lepak lu~ baru rintik-rintik.. Tak sampai 10 minit hujan renyai lak.. Kitorang pon klua dari kolam tu.. On the way ke kerete, hujan agak lebat.. Berlari-lari anak kitorang  pegi kat kerete... Masok-masok kerete jer kitorang masing-masing kesejukan sebab kene hujan.. So nikmat berendam air panas tak terase sangat sebab diakhiri dengan kesejukan bermandi hujan..
----------------------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan ringkas dari PRESIDENT UNITEN TRAVELLERS(ERY) : Duet tak jadik masalah.. Boleh dicari.. Yang penting adalah kebahagiaan..

No comments: